Salam Kembara....
Tiada  perancangan teliti pun dibuat untuk merialisasikan kembara ke tanah besar China...
Bermodalkan Rm 1500 ringgit Aziz PG dan Zafran memulakan expedisi ke China bermula dari Pasir Gudang menuju ke Nol Kilometers di Johor Bahru 
20 December 2019 dan kali ini saya dan Zafran memilih kenderaan Kancil Tahun 1998 @ 850cc dan ini adalah kali kedua cross border pada tahun 2019 ni. 

Kesinambungan dari episod November 19 lepas saya bergerak solo sehingga ke pinggir Krabi sahaja singgah di Cjs Karlisa Latisya 406 Satun @Pak Bara

Dari 0 Kilometers Johor Bahru kami menuju Jalan Skudai ke Pontian untuk bertemu sahabat sebelum meneruskan perjalanan melalui pineapple 🍍 farm di Daerah Benut dan seterusnya singgah di Kuala Lumpur berjumpa  dengan sahabat baru dan lama disana.. 
Selesai kopi pada jam 1030 malam kami meneruskan perjalanan ke utara tanahair. 
Masa yg kami ada tidaklah banyak... Misi ini hanyalah 11 hari sahaja.. 
Malan itu perjalanan kami terhenti di 
RnR Tapah jam 130am sehingga 8am.
Dan kami berehat dan tidur di wakaf rehat dan rawat sebelum meneruskan perjalanan pada keesokkannya. 

Satu tank penuh @32 litres berupaya bergerak sejauh Johor Bahru ke Ipoh =560 kilometers pada kelajuan 90/kms

Alhamdulillah cuaca baik dan sedikit hujan di daerah slim river menuju ipoh..
Pagi itu kami harus bergerak awal pagi kerana ada beberapa urusan lagi di Penang sebelum menuju border Bukit Kayu Hitam /Dannok
Aku harus berjumpa sahabat Adventure Azman Ali di Tasik Gelugur untukb mendapatkan tong minyak 5 gallon sebanyak yang mungkin untuk bekalan petrol sebanyak mungkin bagi menjimatkan kos perjalanan kami dua beranak setidaknya di Thailand.. 

Kami sampai di toll juru seawal 9 pagi dan terus ke Lorong Sena Tasek Gelugur untuk berjumpa saudara Azman Ali... 
Saya dan Azman tidak membuang masa dan terus ke tempat recycling barangan lusuh untuk membeli tong 5 gallon itu 9 botol pada kos 50 sen setiap satu.. 
Azman terlebih dulu keluar ke Laos pada November dan saya tidak dapat bersama kerana ada urusan lain pada waktu itu.. Perancangan awal kami berkonvoi kesana 

Nazi rukuk antara great group bagi Azman dan tidak dapat dipisahkan 
Logo serta stiker dan baju terpampang di motosikal dan kenderaan kenderaan beliau. 

Pada  jam 12 tengahari kami telahpun sampai di Jitra untuk belanja barangan keperluan asas di Tesco Jitra sebelum keluar ke Thailand di Dannok nanti.... 
Maggie, Kek Pisang, Roti Gardenia, Gas Masak, Telur, serta beberapa barang lain dalam anggaran sepuluh hari perjalanan... 


Kami singgah di Caltex Changloon untuk isian penuh petrol dan 9 botol minyak petrol 95 penuh setiap gallon memenuhkan boot kancil. 
Untuk travel kali ini byk barang boleh di bawa kerana kami naik kenderaan empat roda.. 
Dapur gas kemping
Mastin
Set khemah
Toto
Keperluan masak

Alhamdulillah kami melepasi boder tanpa masalah dan custom pun tak cheking bonet kancil yang sarat dengan minyak... Kalau dia check  mau kena pau aku... Seludup petrol walaupun untuk kegunaan sendiri... 

#BTR2019
#IAmMalaysian
#Kancil850
#PeroduaKancil
#KancilRm3k
#KancilOverlander
#KancilAdventure
#KEMBARAKU